Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin, serangan ke atas konvoi bantuan PBB di Aleppo telah dilancarkan oleh salah sebuah kumpulan pengganas yang beroperasi di kawasan sekitar. Washington walaubagaimanapun telah meletakkan kesalahan ke atas Rusia di atas kejadian tersebut yang berlaku beberapa hari selepas dunia dikejutkan dengan berita serangan A.S ke atas posisi tentera Syria di Dair al-Zaour.
"Ia dilancarkan oleh salah sebuah kumpulan pengganas dan kami juga tahu yang A.S juga mengetahuinya tetapi mereka memilih untuk mengambil kedudukan yang berbeza di dalam perkara ini. Ini sama sekali tidak membantu," kata Putin di dalam sebuah forum ekonomi yang berlangsung di Moscow.
Konvoi bantuan itu diserang pada malam 20 September lepas. Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa melaporkan 20 orang awam terkorban dan 18 kenderaan musnah di dalam serangan itu.
Pentagon mendakwa bahawa konvoi itu dimusnahkan dari udara dan dalam masa yang sama mereka juga mengatakan bahawa terdapat pesawat Rusia yang beroperasi di kawasan tersebut sekaligus menyampaikan kesimpulan mereka kepada dunia yang serangan itu telah dilancarkan oleh Moscow.
Rusia menafikan dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa dron A.S sedang mengawasi konvoi tersebut ketika kejadian maka sepatutnya mereka tahu perkara yang sebenar tentang serangan itu.
Pengganas adalah dalang di dalam serangan ke atas konvoi bantuan PBB.
Putin: Kami Tahu Siapa Yang Menyerang Konvoi Bantuan PBB Di Aleppo.
13 Oktober 2016 - 06:02
News ID: 785115
Menurut presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin, serangan ke atas konvoi bantuan PBB di Aleppo telah dilancarkan oleh salah sebuah kumpulan pengganas yang beroperasi di kawasan sekitar.